♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Puasa Enam Syawal

Saturday, September 11, 2010

Ganjaran Umat Islam
Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):

“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]


Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]


Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]



Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?


Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.


Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]


Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.


Pendapat Pertama membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayai Rasulullah” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yangbernama Yahya bin Sa‘id.]


Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.


Pendapat Kedua tidak membolehkannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”


Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini ditambah dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih disegerakan dari amal yang sunat.



Ada pun dalil yang digunakan oleh pendapat pertama, ia hanya satu andaian. Mereka hanya membuat andaian bahawa Aisyah telah berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Yang benar Aisyah tidak menerangkan sedemikian. Bahkan jika diperhatikan dengan cermat keterangan Aisyah, terdapat isyarat bahawa beliau juga tidak berpuasa sunat enam Syawal. Ini kerana jika beliau sentiasa sibuk melayani Rasulullah sehingga ke bulan Sya’ban, bererti beliau sememangnya tidak sempat untuk berpuasa tanpa mengira sama ada ia puasa wajib (mengqadha puasa Ramadhan) mahu pun puasa sunat (enam Syawal).


Di sini mungkin ada yang bertanya: “Ehh! Takkanlah isteri Rasulullah tak puasa sunat enam Syawal?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa umat Islam generasi awal, termasuklah Aisyah, tidak memahami Islam dalam bentuk juzuk-juzuk kecil sebagaimana yang difahami oleh umat Islam masa kini. Mereka memahami Islam dalam konteks yang luas lagi jauh ke hadapan. Bagi mereka, amal yang memberi manfaat kepada orang ramai diunggulkan di atas amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Amal yang besar manfaatnya diunggulkan di atas amal yang sederhana manfaatnya. Amal yang memiliki manfaat jangka panjang diunggulkan di atas amal yang memiliki manfaat jangka pendek.


Justeru jika Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal, ia bukanlah satu kekurangan. Ini kerana memberi tumpuan melayani Rasulullah s.a.w. memiliki manfaat yang besar untuk umat Islam seluruhnya untuk jangka masa yang panjang.





Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.


Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.


Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:


“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].


Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.


Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.”

*mekasih Qhadeeja atas perkongsian..Allahu yubarik...

Realiti dunia Islam dan ancaman dunia

Wednesday, September 8, 2010

Dunia semakin membangun, kemajuan teknologi semakin canggih, prasarana juga semakin inovatif. Namun, sejauh mana terbangunnya minda umat Islam, sejauh mana kehadapannya kita di pentas dunia, dan paling penting sejauh mana teguhnya aqidah kita merentasi gelombang ideologi-ideologi yang semakin menggoyahkan keimanan kita?


Sedar atau tidak musuh kita telah lama mengatur startegi mengorak langkah untuk menghancurkan Islam. Setelah tewas di dalam Perang Salib, King Louis ke-9 telah mengatur satu startegi baru. Umat Islam tidak bisa ditewaskan melalui peperangan senjata. Kekuatan dan semangat mereka yang kental amat sukar digugat. Satu persidangan diatur dan hasilnya mereka menemui senjata terbaru. Senjata yang kini telah hamir berjaya mengalahkan umat Islam. “Perang Saraf”.. itu senjata mereka. Banyak propaganda dan provokasi yang dilakukan terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad S.A.W ini. Antaranya adalah gerakan Freemason.


Logo Freemason


Apa itu Freemason? Mungkin sebahagian kita pernah mendengar atau membacanya di mana-mana dada akhbar dan majalah. Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia , Freemason bermaksud sebuah organisasi social yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsayang muncul daripada asal yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.. Biarpun melihat pada dasarnya ia sebagai sebuah organisasi social yang melakukan kerja-kerja kebajikan secara sukarela, sebenarnya tersembunyi disebalik gerakan ini, misteri dan mitos upacara ritual yang bertentangan dengan agama. Ulama’ Islam serta beberapa gereja di barat turut melarang penganut masing-masing menganggotai gerakan Freemason.


Antara falsafah Freemason : Agama yang boleh diterima oleh semua manusia, yang boleh membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia… menjadi seorang manusia yang baik dan benar. Freemason berkembang di Amerika dan menjadi sebuah organisasi yang kukuh. Buktinya, George Washington , Presiden Pertama Amerika yang dilantik pada 30 April 1789 dikenali umum sebagai anggota Freemason, dan ramai lagi sebenarnya . Contohnya seperti Benjamin Franklin dan William Hopper.


Gambar G.Washington



Persoalannya sekarang, mengapa Freemason dikatakan menyebar agenda yang berbahaya terutamanya kepada umat Islam? Apakah matlamat sebenar pergerakkan ini? Apakah propaganda yang dibawa oleh gerakkan yang telah bertapak hamper 400 tahun ini?


Antara agenda rahsia mereka ialah membina kembali Kuil Haikal Sulaiman atau The Soloman Temple. Christopher Knight dan Robert Lomas – penulis buku – The Hiram Key ; Pharoas, Freemason and The Discovery of the Secret Scrolls of Jesus menyatakan pergerakan ini berasal dari pejuang-pejuang Salibiyyah yang bertujuan memelihara Kuil Haikal Sulaiman.


Mereka mempercayai bahawa perlunya membina kembali Haikal Sulaiman ini di Baitulmaqdis di atas tapak runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat orang Yahudi dahulu. Tapak ini didakwa berada betul-betul di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.


Menurut seorang penulis buku Turki – Ancaman Global Freemason – Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan didalam bukunya bahawa Freemason membawa fahaman materalisis dan semua agama adalah sama. Malah falsafah mereka berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir dahulu. Menurutnya lagi, Freemason bukanlah sekadar NGO biasa, tetapi ia membawa teras Ideologi Agama Universal dan menyebarkannya secara umum.


Kitab Masonic menjelaskan lagi perancangan mereka untuk mewujudkan satu agama universal untuk semua manusia di dunia ini. Masonic Ideology yang menerapkan pemikiran meterialisme dan juga pemahaman bahawa semua agama itu sama dimasukkan secara halus melalui media massa, sastera, filem-filem, muzik dan segala macam bentuk hiburan yang ada.


Freemason juga membawa ideologi Rasisme, Fasisme, Sekularisme, dan juga Komunis. Malah gerakan ini menjadi penyokong kuat Teori Revolusi Manusia atau Darwanisme yang terang-teranagan menolak kewujudan Tuhan dalam penciptaan manusia.


Benarkah Freemason bertapak di Malaysia??

Persoalan ini bermain-main difikiran selepas membaca majalah Mastika yang membawa isu Freemason ini. Menurut wawancara Mastika bersama Mohd Taib Haji Abbas, sukar untuk beliau meyakinkan betapa bahayanya Freemason ini kepada orang Melayu ketika itu kerana ramai yang tidak percaya, malah ada pemimpin yang pernah memperlekehkan isu Freemason yang dibawanya. Mohd Taib merupakan salah seorang pejuang yang menentang gerakan Freemason di Tanah Melayu sekitar tahun 1970-an hingga lewat 1980-an dan beliau ada menulis buku bertajuk “ Jatuhnya Kerajaan Freemason ”.


Menurutnya lagi, banyak bukti menunjukkan Freemason dalang kepada beberapa peristiwa. Contohnya, Kejatuhan Empayar Islam Turki, tumbangnya kerajaan Itali pimpinan Arnold Forlani di bawah tangan Freemason. Negara seperti Mesir, Libya, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia turut mengahramkan Freemason kerana terbukti gerakan ini bersekongkol dengan Zionis.


Gerakan Freemason ini turut melibatkan mereka yang berjawatan tinggi, VVIP, kerabat istana, menteri-menteri dan juga golongan berada. Ini mengukuhkan lagi paksi mereka dalam menjalankan misi mereka kerana mereka menguasai kekuatan politik dan ekonomi. Cara untuk memasuki gerakan ini sangat ekslusif. Tidak perlu mengisi borang atau memohon keahlian. Sebaliknya untuk menjadi ahli , mereka akan diberi undangan khas atau diajak sendiri oleh ahli Freemason.

Firman Allah s.w.t menyebut :
“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu " al-maidah : 3


Telah terbukti bahawa Islam satu-satunya agama yang diiktiraf di akhirat nanti. Justeru, Islam tidak wajar diterjemahkan sebagai satu ideology kerana ia wahyu dari Allah s.w.t . Islam bukan seperti fahaman Freemason yang dikatakan dibawa oleh tentera Salibiyyah. Islam juga bukan rekaan manusia seperti Karl Marx dengan Komunisme, Yahudi dengan Zionisme dan Hitler dengan Nazisme.


Apa tindakan Kita??

Sebagai Mahasiswa, golongan yang kononnya dikatakan sebagai ilmuan, seharusnya kita mempunyai perancangan tersendiri bagi menyelamatkan saudara seIslam kita. Jangan biarkan minda kita yang streotaip menyempitkan pemikiran bahawa hanya ustaz dan ustazah sahaja yang layak memberi teguran dan menyapaikan dakwah. Mengapa tidak kita mulakan?


Medan dakwah terbentang luas. Dari tempat kerja, kawasan perumahan, university mahupun sekolah, semuanya boleh dijadikan landasan dakwah Islamiyyah. Karya kartun, lagu-lagu berunsurkan jihad, seni reka yang berunsurkan kesenian Islam, penulisan artikel-artikel, penghasilan buku-buku ilmiah hatta blog-blog yang bermanfaat juga boleh diaplikasikan untuk kerja-kerja Islam.


Untuk semua mahasiswa, pekerja Muslim, kuasailah bidang anda sekarang. Wujudkan ruang dan peluang untuk kita sama-sama menjadi Muslim yang profesional dalam kerjaya serta cemerlang dalam ibadah dan dakwah. Apa guna teknologi di depan mata andai kita masih tidak cakne tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan sensitiviti umat Islam khusunya dan dunia amnya. Freemason mungkin salah satu agenda yang kita tahu. Namun, sejauh mana kita mengenali musuh kita? Adakah kita sedang melawan musuh dengan telinga yang pekak dan mata yang buta?


Saya juga kadang-kala terleka di medan perjuangan ini. Disinilah pentingnya kita berada bersama-sama teman dan berada didalam jemaah Islam. Kita menjadi cermin dan sentiasa memperingatkan tanggungjawab kita yang masih belum selesai. Membangunkan Khilafah Islamiyyah. Sama-samalah kita koreksi adakah kita sebenarnya sudah bersedia berhadapan dengan ancaman musuh Islam??

Bagaimana Dengan Sanggul Wanita??

Wanita Berbonggol UNTA!

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga
auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah
beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah
bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya
lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai,
mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah
dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa
usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang
sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai
muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen
atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah.
Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim.
Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib
menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak
yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun
anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak.
Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban
bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda
seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh
tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun,
anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera
tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban
bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan
ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas
dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak
layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga
satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak
baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk
lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun
Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan
ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa.
Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah
memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah
(dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih
baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani
melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan
aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk
memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah
lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan
Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya
adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi,
ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada
hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan
kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita
kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya
telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan
manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas.
Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati
Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar
meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar
pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum
sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka
orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya
katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat
itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling
nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam
usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di
dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan
tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar
sempurna?

Contoh

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan
memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya
dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian
untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian
takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(al-A’raaf 7: 26)

*kredit buat saudara JAM

Salam ramadhan dan Aidulfitri 1431H

Sunday, September 5, 2010

Pejam celik, pejam celik dah di hari yang ke 26 kita berpuasa. Amat cepat masa yang berlalu. Bak kata sarah 'eish, cepat bangat sih'.Memang amat pantas sekali masa berlalu .Orang yang beruntung ialah orang yang  beriman dengan Allah subhanahuTaala, beramal soleh dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran.(surah Al-asr). Masih sempat untuk merebut pahala dan ganjarannya dalam bulan muliaNya ini.Amat rugilah bagi mereka yang mensia-siakan dan untuk meraka hanya mendapat lapar dan dahaga.Ramadhan Kareem buat semua. Allahu Akram




Di kesempatan ini saya menyusun 10 jari memohon maaf andai salah silap, terkasar bahasa dalam percakapan, penulisan dan perlakuan khususnya buat keluarga tercinta.Semoga ramadhan dan raya kali ini memberikan kekuatan keimanan dan ketaqwaan kita terhadap-Nya.ameen. Dan buat saudara semua samalah kita mempertingkatkan ketaqwaan dan saling maaf-maafan sempena bulan barokah ini. Tidak ketinggalan juga buat tenaga pengajar dan sahabat handal di SKBB, SAR Kota Tampan, SMUDAH, MADA, MMPM dan sahabat seuniversiti dengan ucapan salam 1000 kemaafan atas khilaf yang dahulu, sama ada dalam pengajian, proses pembelajaran, perkenalan dan persahabatan semoga Allah menerima amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. Ameen.
Khas buat sahabat yang pulang beraya jangan lupa ye bawa mai kuih raya. Agar-agar kering dan tat nenas wajib ada dalam list tu('',)Dan yang paling penting duit raya kena la ada:)baru sayang lebih<'',>


Salam Seribu kemaafan dari ku yang kerdil ini...@z

Tak dapat Nak kata Apa

       Memang inilah tanda-tanda akhir zaman. Kiamat sudah dekat.Macam-macam yang berlaku.Masalah pembuangan anak berlaku setiap hari.Kali kita saksikan dan baca dalam surat khabar dan telivisyen setiap hari mesti ada masalah pembuangan anak.Apa nak jadi dengan ya sekrang ni.Masalah dah semakinmenjadi-jadi.Keparahan semakin terserlah.Kalau kita abca dalam surat khabar, setiap hari mesti terpapr berita jumpa bayi di mana-mana.Sudah hilangkah perasaan kasih sayang pada diri mereka?Cubalah kalian baca di blog-blog sudah banyak memaparkan kisah-kisah pembuangan bayi ini.yang lagi menyedihkan lagi kebanyakan dan mejoriti pelakunya adalah kaum melayu yang beragama ISLAM! Manakah agama mereka?Betul-betul agak menyedihkan. Setiap kali buka je surat khabar, mesti ada laporan tentang masalah buang bayi. Kesian anak-anak yang tidak punyai dosa apa-apa lagi sudah diperlakukan dengan sedemikian rupa. Ibubapa yang tidak berasa amanah dan takutkan azab Allah sahaja yang sanggup melakukan.

          Dan masalah ini menjadi kebiasan di Malaysia sejak kebelakangan ini.PEMBUNUHAN!!!Setiap kali saya baca dalam surat khabar, ada sahaja laporan tentang pembunuhan sama ada sengaja ataupun tidak.Adakah manusia ini dianggap seperti binatang?Pembunuhan semakin menjadi-jadi.Tambahan pula di ibu kota.Pergaduhan,dengki, dendam dan segalanya antara penyebab berlaku pembunuhan.Bila akhir-akhirnya barulah menyesal dengan perbuatan sendiri. Alangkah baiknya sekiranya mereka menggunakan akal keimanan sebelum melakukan perbuatan tersebut. Dan agak menyedihkan antara pembunuh ini kebanyakan yang beragama Islam sendiri.Ya Allah aku memohon pertolongan Mu agar memberikan petunjuk kepada kami yang lemah ini..Amin Ya Rabb.Mari kita renungi Firman Allah di dlm surah Al-Mukmin:40."Brgsiapa mgerjakan prbuatan jahat,maka dia tidak akan dbalasi mlainkan setanding dgn kjahatan itu.Brgsiapa mgerjakan amal soleh samada lelaki @ prmpuan sdg ia dlm keadaan beriman,maka mrk akan masuk syurga,mrk d...beri rezeki di dlmnya tnpa hisab."

Sehari dua baru-baru ini ada berita amat menyedihkan.Ustazah mati dibunuh bersama dengan anaknya dan ditemui mati dalam bilik air.Amat menyentuh sekali peristiwa ini.Cuba bayangkan seorang anak sulung harapan keluarga yang mana keluarganya pun mengharap bantuan darinya, setiap kali tiba raya dialah yang akan membelikan baju adik-adiknya yang seramai 14 orang. Petikan berita :
"Ibu Allahyarham Norliza, Zainab Mahmud, 53, berkata, anak sulungnya itu merupakan tempat keluarga bergantung hidup kerana banyak membantu adik-adiknya yang seramai 14 orang.
"Setiap tahun, dia yang akan membeli pakaian raya untuk adik-adiknya di kampung yang masih bersekolah," katanya.
Menurut Zainab, kebiasaannya adik-adik Norliza tidak sabar-sabar menunggu kepulangan kakaknya untuk melihat pakaian baru mereka yang akan dipakai pada Hari Raya Aidilfitri."
 Bukan sedikit bilangan ahli keluarganya.Lulusan Al-Azhar Mesir dan menjadi ustazah di sekolah. Dan mempunyai seorang anak, tetapi nasib tidak menyebelahi anaknya, anaknya juga terbunuh bersama ibunya di tempat yang sama. Suaminya bekerja jauh nun di kaherah, mencari rezeki untuk menyara keluar tapi itulah berita yang diterima. Anak dan isteri tercinta terbunuh di rumah mereka. Mungkin pembaca dapat membayangkan perasaan suaminya apabila mendapat berita isteri dan anaknya terbunuh.Subhanalllah!!Amatlah terkilan dan cukup menyedihkan kita semua. Pembunuh yang tidak mepunyai hati perut dan berlampiaskan nafsu!!Dalam bulan yang mulia Ramadhan Kareem peristiwa ini berlaku. Amatlah memilukan keluarga suami dan ustazah tersebut. Semoga Allah membalas dengan balasan yang setimpalnya terhadap pembunuh dan memberikan petunjuk taubat kepanya. Itulah harapan saya dan kita semua.

Cuba kita renungkan hadis akhir zaman ini :


Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".





 H.R. Thabrani


Di antara tanda-tanda qiamat ialah:





  1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.





  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.





  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.





  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.





  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.





  6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang di­sabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi. dan renungan untuk semua.


Sumber kisah :

  1. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sudahsediakuihraya/myMA/myArticle
  2. http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
  3. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010090505341020100905053410/Article/ 
  4. update news   http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28512:mb-lawat-keluarga-mangsa-dua-beranak-dibunuh&catid=1:utama&Itemid=50  
  5. [semoga Allah membalas jasa smua yang menolong saudara kita ini]
[mood sedih dan kecewa]Ya Allah bantulah ummat mu ini Ya Rabbul Izzati

Tips mengghilangkan rasa Cinta & Rindu

Friday, September 3, 2010


Hati-hati Dengan Rasa Rindu
oleh: Syaikh Aidh Al Qarni

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.

-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.
Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,
“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”

Tenang dan sentiasa relax


Daripada Ibnu Abbas Radiallahu anhuma' berkata ; Rasulullah SAW bersabda kepada Asyaji Abdil Kais : ' Sesungguhnya pada dirimu ada dua perkara yang di cintai oleh Allah taala, iaitu lemah lembut dan tenang ( Tidak gelojoh )
HADITH RIWAYAT MUSLIM

Keterangan :
Ketika rombingan Bani Abdil Kais datang ke Madinah untuk berjumpa Rasulullah SAW, maka sebaik sahaja mereka sampai ke Masjid Nabawi, mereka terus menghadap kepada baginda. Mereka terburu-buru menemui Rasullullah SAW sebelum mereka smpat mandi dan menukar baju. Tindakan seperti ini di buat oleh semua ahli rombongan bani Abdil Kais itu kecuali seorang daripada kalangan mereka iaitu Asyaji bin Abdil Kais. Sebelum menemui Rasullullah SAW terlebih dahulu beliau mandi dan menukar pakaian yang bersih dan juga memakai wangi-wangian. Apabila Asyaji datang menghadap Rasulullah SAW mengungkapkan perbuatan tersebut di dalam hadith ini. Nabi SAW memuji tindakan Asyaji yang penuh dengan ketenangan dan sopan santun itu.

Apa sahaja urusan mestilah di lakukan dengan tenang dan tidak gelojoh dan dapat di laksanakan dalam bentuk yang lebih baik dan lebih sempurna.keadaan yang di buat dengan kelam kabut dan tergegas-gegas selalunya tidak mendatangkan hasil yang baik. bahkan akan mengakibatkan kerosakan dan penyesalan serta kerugian. Biarlah lambat asalkan selamat perlu lah juga diasimilasikan dengan cepat dan tepat.

Cubalah ambil pengajaran dan pelajaran daripada pencipta langit dan bumi. Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi ini selama 6 hari seperti firmanNYA yang bermaksud " Allah telah menciptakan segala langit dan bumi selama 6 hari ". ( surah As-sajadah: ayat 4 ).. Allah taala berkuasa menciptakan apa sahaja dengan frimanNYA " KUN'( jadilah ) , maka sesuatu pun jadilah dengan serta merta. Allah taala berkuasa menciptakan langit dan bumi ini dengan sekejap di mata tetapi Allah taala mahu mengajarkan kita supaya tenang dan tidak terburu-buru dalam membuat atau menghasilkan sesuatu supaya hasil yang di dapatkan daripada usaha itu lebih baik dan lebih sempurna.

Rujukan : Abu Ali al-Banjari An-nadwi al-maliki, Empat uluh hadis akhlak mulia. Khazanah Banjariah Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, pokok sena, KEDAH.


DOA MEMOHON KETENTERAMAN HATI

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON PADAMU KETAKUTAN ORANG YANG MENGENALIMU, ILMU ORANG YANG TAKUT KEPADA MU, KEYAKINAN ORANG YANG BERTAKWA PADAMU, HARAPAN ORANG YANG MENYUKAI MU, KEZUHUDAN ORANG YANG MENCARAMU , KEWARAKAN ORANG YANG MENCINTAIMU DAN KETAKWAAN ORANG YANG RINDU PADA MU..... amin

SAMPAIKAN FIRMAN TUHAN KU....
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews