♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kucing Dan Manusia

Tuesday, August 3, 2010





Kucing!Satu nama yang memang di kenali oleh semua.Ia merupakan salah satu haiwan yang penuh kasih sayang dengan tuannya sekiranya mempunyai tuannya tetapi kalau kucing terbiar janganlah kita menyisihkan. Mereka tetap sayang kepada manusia.Post kali ini bukan nak merungkai kisah kejadian kucing tetapi merenung kembali akan kejadian Allah akan makhluknya.Saya dengan tidak sengaja ada membela kucing.Usiamereka sudah menjangkau 4minngu.Merekalah yang akan menghiburkan ketika kita kesepian dan menjadi sahabat dikala kesepian.Kucing ini merupakan haiwan dari zaman nabi lagi.Buktinya salah seorang sahabat nabi telah diberikan gelaran namanya berdasarkan sikap beliau yang suka kepada kucing.Memang kadang kala merekalah yang menyumbangkan pahala dan kerana mereka juga kita diuji.Kisah yang dibawakan di bawah amat penting.








Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"


Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"




Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan , pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."



Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.

renunglah diri kita.. berapa banyak kah kita sudah membuang "najis" di bumiNya ?..
mari lah kita sama-sama bermuhasabah dan menginsafi diri kita serta mensyukuri segala nikmat pemberianNya..

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews