♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Turki muncul sebagai pembela rakyat Gaza

Wednesday, June 2, 2010

TAHNIAH kepada TURKI atas kejayaan anda!!!


Lihatlah kezaliman yang dilkukan oleh zionis laknatullah ini.Mereka melayan aktivis keamanan macam melayan penjenayah dan lihatlah bagaimana mereka merampas kapal.Lihatlah sendiri....





Dari harakahdaily
Meskipun pentadbiran Amerika Syarikat pura-pura hendak menyiasat serangan tentera Israel terhadap konvoi kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan menuju ke Gaza, tetapi laporan yang diterima menyatakan bahawa Israel telah lebih dulu memberitahu pihak perisikan Amerika beberapa ketika sebelum serangan itu diancarkan.

Maknanya di sini, Amerika lebih dulu mengetahui bahawa tentera Israel dalam perjalanan untuk merampas dan menyerang konvoi kapal Flotilla walaupun masih di perairan antarabanga. Dipercayai secara senyap-senyap Amerika memberikan ‘lampu hijau’ kepada Israel untuk melancarkan serangan tersebut menyebabkan 19 terbunuh, puluhan lagi cedera.

Inilah hakikat sebenarnya, yang bermakna semua tindakan Israel selama ini direstui dan didukung sepenuhnya oleh Amerika. Justru dunia Islam patut sedar hal ini.

Mavi Marmara adalah salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara. Misi tersebut kebanyakkannya dari negara Eropah, selebihnya dari Turki, Indonesia, Malaysia dan negara lain. Ini menunjukkan bahawa misi tersebut benar-benar untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang terkepung.

Dalam wajah yang lain, Amerika melahirkan rasa kesalnya yang mendalam ekoran tragedi terbaru ini. "Negara itu sedang berusaha untuk mengetahui keadaan yang membawa kepada tragedi ini,” kata jurucakap White House William Burton dipetik Reuter.

Sementara itu Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan mesyuarat tergempar semalam mengenai serangan Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan tersebut, sementara Hamas dan negara Arab dan Islam menuntut PBB supaya mengutuk Israel dan mengadakan siasatan terbuka mengenai serangan biadap Israel itu.

Namun Washington sedang berlengah-lengah untuk mengarahkan wakilnya di PBB mengutuk Israel. Tindakan negara sekutu Israel ini memang telah diduga, mengingat sepanjang sejarahnya, Amerika lebih dari 10 kali menggunakan kuasa vetonya menentang keputusan mengutuk Israel.

Sementara itu Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) yang turut mengutuk serangan Israel itu merancang untuk mengadakan sidang mengenai keganasan Israel itu, semenara Mesir, negara Arab yang berjiran dengan Israel dengan pelbagai alasan tidak munasabah dan tidak berperi kemanusiaan telah menutup pintu negaranya ke Gaza, satu-satunya laluan paling dekat ke Gaza menyebabkan semua bantuan ke kawasan Gaza itu telah tersekat.

Oleh itu dengan sikap dunia Arab dan sikap pemimpin negara umat Islam yang pasif, tidak mungkin sesuau yang positif, memberikan tekanan kuat kepada Amerika dan Israel supaya mengubah sikap mereka mengenai isu Palestin.

Malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu mempertahankan tindakan tenteranya dengan menuduh mereka yang ada di kapal misi kemanusiaan itu pula memiliki senjata menyerang – pisau, besi dan pelbagai lagi. Dakwaan Israel ini dinafikan oleh semua pihak. Namun Israel masih berdegil dan masih menggunakan hujah ini ketika berdebat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kita masih ingat bagaimana seorang penganalisis politik, Ramzy Baraoud, asal Palestin dalam rencananya yang disiarkan dalam Islam On Line tidak lama dulu mengingatkan kembali ucapan Obama di Kaherah pada 4 Jun tahun lalu – ucapan yang ditujukan kepada dunia umat Islam di mana Obama banyak berjanji untuk membaiki hubungan dengan dunia Islam. Namun, kata Ramzy, janji pemimpin Amerika itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Ramzy mengingatkan pemimpin dunia umat Islam supaya jangan menaruh harapan terlalu tinggi terhadap retorik Barack Obama dengan moralnya yang longgar itu, kerana dia tetap kekal sebagai pemimpin politik Amerika yang mendukung Israel.

Walaupun pentadbiran Obama berpura-pura menuntut Israel membekukan penempatan baru Yahudi di Palestin, kata beliau, tetapi kini beliau mengadakan tekanan kuat kepada ‘Presiden’ Mahmoud Abbas di Tebing  Barat supaya pergi ke meja rundingan dengan Israel tanpa syarat. Ini kononnya supaya rakyat Israel dan Palestin di Tebing Barat dapat membangun bersama mayarakat mereka. Tetapi ini, kata Ramzy, hanya sebuah impian kosong, mengingatkan bahawa rakyat Palestin di Gaza sedang berada di jurang kebuluran kerana dikepung sejak lama.

Tidak syak lagi bahawa kepungan terhadap Gaza adalah dengan sokongan pentadbiran Obama. Pengkaji ini mengingatkan bahawa lobi Israel dan kepentingan Amerika jauh lebih kuat dan berpengaruh dari harapan akan perubahan di bawa pentadbiran Obama. Itulah dia Amerika bahawa siapapun presidennya mempunyai dasar yang serupa, hanya yang sedikit kelihatan berbeza ialah cara pendekatan, strategi dan diplomasi politiknya.

Sehingga rencana ini ditulis, tidak diketahui nasib misi kemanusiaan pelbagai negara di dalam kapal yang diserang oleh Israel iu, tetapi natijah dari semuanya ini ialah masih ada pihak di dunia ini, khususnya dari negara Eropah, yang sangat prihatin dengan nasib rakyat Gaza. Ini wajar menginsafkan pemimpjn negara Arab dan negara umat Islam bahawa isu Gaza bukan sekedar isu negara Arab dan Islam, tetapi isu kemanusiaan.

Tidak syak lagi, peristiwa ini menyerlahkan kewibawaan negara Turki yang dipimpin oleh Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menterinya, Recip Tayyip Erdogan kerana berjaya mengusahakan misi kemanusiaan yang penuh cabaran ini bersama NGO negara Eropah dan negara lain. Kiranya bantuan kemanusiaan itu dirampas oleh Israel dan tidak sampai kepada rakyat Gaza, namun usaha mereka ini sangat mulia dan berjaya membuka mata dunia, khususnya pemerintah negara Arab dan pemerintah negara umat Islam bahawa masih tetap ada insan yang sangat perihatin membela kemanusiaa di dunia ini.

2 comments:

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

izas said...

terima kasih buat Pacifist..Insyaallah semangat itu akan timbul tidak lama lagi.semuanya gara-gara apa yang terjadi.Cuma keadaan itu masih memerlukan ruang untuk berlaku sedemikian rupa.Cuma kita berlakulah dengan berhikmah atas segala perlakuan yang akan dijalankan.Insyaallah Allah akan membantu orang-orang yang menegakkan syiarkan....

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews