♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Jihad penduduk neraka...wanau'zubillah

Tuesday, June 1, 2010

Satu hari, satu



pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik.


Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara
satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan
kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.


D...i sana para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang
pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami
itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu,
mereka begitu kagum dengan salah seorang daripada sahabat mereka iaitu,
Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor
singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniaannya itu, dia
telah menjadi buah mulut ketika itu.



"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.



Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab,"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."


Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu.
Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan
Islam boleh masuk neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama
lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.


Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan
ceritanya, lalu baginda berkata," Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke
medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat
ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera
Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu
pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu
ke dalam dadanya."


"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan
menanggung kesakitan akibat daripada luka yang dialaminya. Akhirnya dia
mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya
sendiri. Melihat keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia
akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai
penduduk neraka."


Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada
mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama
tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela
kehormatan kaumku dan bangsaku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan
berperang dan berjuang. Dirawikan oleh Luqman Hakim.



Jadi, jangan kerana bangsa, anda berjuang kerananya. Berjuanglah kerana Allah untuk Islam

2 comments:

Anonymous said...

Gaza seperti neraka bangsa Arab bisa apa..? bangsa Arab hanya bisa peluk 4 istri di ranjang untuk buat anak keturunan Ismail

Negara Israel seperti TAI LALAT dikelilingi oleh bangsa Arab...ternyata Israel tetap teguh dalam kekasih Allah

insan kerdil said...

Berjuanglah kerana Allah kerana perjuangan itu tidak akan sia-sia.

JanjiNya akan tiba, hanya perjuangan itu semestinya diteruskan.

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews