♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Resepi Murabbi/Naqib Sejati[cinta]

Saturday, June 26, 2010


memang seronok untuk dikongsikan untuk sahabat-sahabat yang baru nak mengenali erti cinta...tetapi albillah ia sebagai nasihat dan petunjuk dari Allah kerana CINTA yang sebanarnya ialah cinta kepada Sang Pencipta..Memang bermanfaat la apa yang cikgu lontarkan..sedikit sebanyak ada memberikan sedikit ilmu pengetahuan buat saya dan sahabat-sahabat...dan disni saya sertakan bersama kisahnya untuk perkongsian bersama>>




[Ikhlas , prihatin , sabar dan kasih sayang ialah resepi pendidik (murabbi) sejati. (satu catatan peribadi)

Jika kita seorang pelajar, apakah yang kita mahu daripada guru kita?

Jika kita seorang pesakit, apakah yang kita mahu daripada doktor?

Jika kita seorang ......... , apakah yang kita mahu daripada .........?

Jawapan ini ada pada kita; kita pernah menjadi pelajar, pesakit dan ...
Semasa saya menjadi pelajar dahulu, saya selalu menggredkan / memberi markah kepada guru yang mengajar saya. Walaupun kini saya tahu bahawa amalan ini tidak baik sebagai pelajar muslim. 

Namun, fitrah dan kecenderungan itu tetap ada. Lebih teruk lagi saya juga memberi "gelar" tertentu kepada sebahagian guru berdasarkan watak dan perwatakan.
Walau apapun kerja kita, kita adalah seorang murabbi/pendidik......

Hasil pembacaan dan pengalaman, untuk "menawan hati" seseorang mestilah bermula daripada hati kita. Menyentuh tentang hati ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah "ikhlas". Walaupun ikhlas ini rahsia Rabbi dengan hambanya, seperti semut hitam di atas batu yang hitam, di dasar lautan yang kelam.

Namun yang pastinya buah ikhlas ini akan terjelma dalam perkataan, perbuatan dan pembawaan kita.

Sudah pasti "ikhlas" ini dapat dirasai oleh pelajar jika cikgu yang mengajarnya ikhlas. Ikhlas ini melahirkan keprihatinan, kesungguhan, sabar dan kasih sayang.

Tiada kuasa yang lebih kuat daripada "ikhlas" seseorang murabbi untuk pelajarnya. Ikhlas berkait dengan iman. Pancaran ikhlas di muka murabbi ialah seperti sinaran mentari yang menghidupkan bumi, curahan ikhlas pada watak dan perwatakan guru seperti hujan yang menghidupkan tanaman.

Mencari ikhlas amat sukar dan ini merupakan mujahadah seorang mulia seorang murabbi.

Dalam LDK Kursus Bina Sahsiah baru-baru ini, saya mengendalikan slot "pelajar mithali", pelbagai kriteria yang saya dapat daripada anak-anak fasi saya tentang ciri-ciri pelajar yang boleh dijadikan contoh. Sebagai pelengkap aktiviti untuk menghidupkan LDK, saya selaku fasilitator, saya kemukakan soalan kepada pelajar. Ciri-ciri guru mithali?

Dia jawab Cikgu .............. Saya bertanya kenapa? Saya dapat rasa keikhlasan dan kasih sayang.

Pelajar ini ialah bekas MPI dan cuma sempat bersama dan mengenali saya lebih kurang 2 bulan.

Jadi, "ikhlas" dan "kasih sayang" ini bukan boleh dibuat-buat, sifat ini lahir daripada keimanan kepada Allah.

Teringat saya akan buku yang selalu ditelaah dan akan terus menalaah "KOnsep Penguasaan Dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah" Syeikh Mustafa Masyhur ; ikhlas dan kasih sayang merupakan asas penguasaan.

Fikir-fikirkanlah...... apa jua pekerjaan ..kita bukan sekadar makan gaji tetapi misi dakawah dan tarbiyyah mesti berjalan serentak.... bekalnya selain iman dan ilmu ialah ikhlas dan kasih sayang.

Doakan......agar keikhlasan milik kita dalam melayari lautan dakwah yang terbentang luas dan penuh dengan gelombang ini.

[Cg Nazeli]

2 comments:

Bro Bayu said...

Assalamualaikum..salam ziarah..tersentuh dengan entry anta yang berkisarkan tentang sifat2 murabbi itu..teringat plak kat slah satu motto sekolah ana dulu "melestari tradisi murabbi"..cuma sampai sekarang ana tak tau apakah itu tradisi murabbi yang dimaksudkan..tapi bila dengar lagu Sami Yusuf yang melody sungguh menyentuh tu bertajuk Al Muallim, rasanyer ader kene mengene kot..antaranyer liriknyer die kata
"We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,

sudah semestinyer the teacher tu merujuk kepada Junjungan Besar kita, nabi Muhammad (s.a.w)..bagindalah murabbi agung yang perlu kita contohi dan itulah tradisi yang mesti kita warisi..kalau ana salah guna term ke apa ke..tolong tegur yer sheikh..wassalam

izas said...

ya betul...semesti Rasullullah lah yang dimaksudkan duhai sahabatku.Yang dimaksudkan murabbi itulah seorang yang baik akhlaknya,sahsiahnya yang boleh diambilkan sebagai contoh dan sebaik-baik murabbi ialah junjungan besar Rasullullah SAW..Smg kita dapat mencontohinya....

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews