♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Cinta hanya pada-Nya

Monday, June 7, 2010

" Kita masih berada dalam bulan Jamadilakhir.Masih tidak lambat utk merungkap kisah di bulan Jamadilawwal. Peristiwa penting dalam sejarah Nabi pada bulan ini ialah Perang Mu’tah. Satu peperangan yang memperlihatkan kehebatan sebuah perjuangan dan ketokohan para Sahabat.

3 pemimpin utama :

1) Zaid bin Harithah.

2) Jaafar bin Abi Talib dan

3) Abdullah bin Rawahah

gugur seorang demi seorang. Kata-kata puisi mereka sebelum gugur amat hebat.

Teliti kata puisi Zaid bin Harithah:

Tapi aku pohon ampun dari arRahman, dan
sebilah pedang memancungku,
memancutkan buih-buih darah, Atau sebatang
tombak menusuk dadaku,
mengoyak dadaku, hati jantungku, supaya org yg
melintasi pusaraku berkata:
Ya Allah! Pejuangmu menempah kejayaan,
Allah
anugerahkan kurniaan kepada pejuang,
Pejuangmu telah mendapat hidayah
dariMu!



Demikian juga kata-kata Jaafar bin Abi Talib:

Alangkah indahnya syurga, nah! kita
menghampirinya,
syurga yang serba baik isinya, sejuk nyaman airnya,
enak
minumannya, tibalah sudah,
azab ke atas bangsa Rum, Rom bangsa kafir,
yang memeranginya pasti saya.

Jaafar gugur. Di mayatnya 50 tikaman dari
hadapan. AllahuAkbar!


Dengarkan juga kata-kata Abdullah bin Rawahah:

Aku bersumpah wahai diriku,
Engkau
mesti mara-redha atau terpaksa,
Musuh sedang bertempik dan mara, sambil
berteriak,
apalah bagiku, engkau tidak mahukan syurga,
masa kerehatanmu
telah lama berlalu,
tidaklah engkau melainkan setitis air dalam bekas air
yang lama.


Kata-kata puisi hebat datang dalam perjuangan yang hebat dari sahabat yang hebat, menuntut suatu pembalasan hebat dari Tuhan Maha HEBAT!

Mereka menggunakan kelebihan peribadi masing-masing untuk Islam. Apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam melalui kelebihan yang Allah berikan kepada kita?

AYUH..!! PULUN, BELAJAR , STUDY , SUNGGUH2, CEMERLANG UTK ISLAM..!!!

JIHAD TA'LIMI..!!!

No comments:

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews