♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Jiwa muda gelodak nafsu!

Wednesday, May 26, 2010


Sahabat yang dikasihi,

sememangnya jujur ana katakan ana tidak sempat membaca sangat , banyak artikel yang ana terlepas , jadi u-jam sebagai koleksi untuk ana kembali membaca apabila ada kelapangan , kerana membaca memerlukan fokus yang jitu untuk lebih faham dan ingat.

bukan sekarang atau bila , malah bila-bila masa , pak su dan pak leh sentiasa mencemburui kita , malah ana insan yang lemah terkena juga , namun usaha yang istiqamah untuk menasihati diri sendiri setiap kali membuka u-jam dan komen2 sahabat membuatkan ana sentiasa bersemangat untuk berperang dengan pak su dan pak leh

Jiwa muda mudah terbakar malah mudah terpengaruh , basuhan zikir dan risau atas iman sedikit sebanyak dapat memadam api nafsu dalam apa juga bentuk tindakan, malah untuk berdakwah pada mulanya perlu mengukur baju di badan sendiri , amat risau dan minta dijauhkan apabila apa yang ditulis tidak mampu dilakukan dengan sendiri.amat risau tentang perkara itu.

risau tentang peningkatan gelaja yang belanda anak muda kini.malah risau tentang kebajikan adik2 lelaki dan perempuan di rumah , amat risau!

mengapa ia terjadi , sudah tentu banyak faktor , malah sudah tentu banyak kajian.Pertamanya mind-set anak muda yang goyah begitu terpengaruh dengan media , malah bertepuk tampar sesama bukan muhrim dianggap biasa...borak-borak kini lebih terbuka dan membuka apa sahaja.

mengapa berpakaian serupa terlanjang?---sudah bertudung dikatakan sudah menutup aurat , namun lekuk badan masih dapat dilihat jelas, bagi lelaki pula berfutsal paras atas lutut dikatakan tidak apa asalkan kita sembahyang.ideologi sesat ini sentiasa memujuk anak muda atas mind-set yang telah disetkan oleh pak su dan pak leh!

gelodak jiwa ini , membuatkan anak muda semakin berahi!

gadis2 terpesona dengan cerita korea sehinggakan mana2 pakwe ada iras2 korea pasti menjadi tumpuan umum, bagi pakwe2 pasti inginkan awek yang cun dan body yang mantap.atas mind-set yang dicipta oleh pak su dan pakleh!

gadis seluar jeans ketat atau tidak ketat menjadi biasa walaupun sedang menuntut dalam pengajian islam apatah lagi pengajian tidak islam!...alah biasa wehh...rommate ana pun gitu , kan dah tutup aurat!..maka mind set ini ditanam sehingga menjadi ideologi tidak rasmi!

ini hak asasi manusia! jangan jadi kolotlah kita di zaman teknologi tinggi!-maka paksu dan pak leh berpesta di klcc!

sahabat pun tahu mengapa wanita paling ramai menjadi kayu api membakar di dalam neraka?

niat sahabiah perlu jelas . oh ini tudung fesyen baru , jalurnya matching dengan kasut ana , blausnya fesyen terkinilah.maka niat menutup aurat kerana fesyen, bukan kerana Allah!

ana pakai seluarlah senang nak bergerak ke kampus , kan kita ni aktif berpesatuan , kan senang pakai seluar , maka niat menutup aurat kerana aktif berpesatuan dan boleh bergerak cergas!

lagi teruk , alah biasalah kan ramai macam tu!

lelaki adalah pelindung kepada wanita , bukan wanita menjadi pelindung lelaki , namun gaji awekku bulan ini pasti menjadi duit untuk membayar bulanan kereta kerana mukaku iras2 korea-man!aduhai dayus sungguh!, sepatutnya azan zohor itu menjadi alasan kepada kenalanya untuk menundukkan dahi tetapi berlaga dahi pula di dalam cinema!

maka pak leh dan paksu berpesta lagi!

weii..sekarang zaman sempoi ma...! jangan stress sangat ma! enjaoy sikit2 takpe..maka kepala hotak dah jadi tak betul!inginlah dibelai dan dimanja kerana stress!lupakah pada zikir yang boleh menghilangkan stress!

pulanglah sahabat dan sahabiah di tempat asal kita, jagalah niat , jagalah hati , jagalah jiwa!

risau tentang kabus hitam yang menjelma di eropah , risau tentang bencana yang tidak terfikir oleh minda.seolah alam sendiri sudah tidak stabil untuk memikirkan masalah gelojak nafsu serakah ini!

Wallahu'alam

Ya Allah , jadikanlah diriku insan yang mendapat rahmatmu dan mendapat syafaat Rasulullah, jauhilah diriku , ahli keluargaku , saudara maraku ,sahabat2 ku dari menuruti bisikan (nafsu) pak su dan(iblis) pak leh!

2 comments:

wala' said...

isk3
budak2 zaman sekarang..bangga dengan kejahilan mereka

izas said...

itulah....zaman sudah berubah...mereka bangga benda lain sperti menang AF dan sewaktu dengannnya bukan bangga dengan berbuat pahala...marilah sama2 kita membantu masyarakat kita ini...ayuhlah...!!!

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews