♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kisah sang semut dalam Al-Quran New Message

Friday, April 23, 2010

Dalam leka-leka meneliti file lama dalam email ku, terjumpalah satu artikel tentang semut..Rasa kalau dikongsi bersama, dapat la juga sikit pengetahuan..so terdetik la niat nak berkongsi...semoga ada yang dapat diambil....
 
Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekas ampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
Surah An-Naml, ayat 18

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;
“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah An-Naml, ayat 19

Istimewanya Makhluk Allah Ini.

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.

Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.

1. Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

5 comments:

uj said...

terima kasih maklumat ni... pernah dengar salam semut? ahaaa mungkin itu lah salam persahabatan yang murni dan suci.. nak tahu camne tgk lah semut bersalama...heheh

insan kerdil said...

sana2...haha..penah..ok salam disambut dengan tangan yang terbuka....

insan kerdil said...

sama2...haha..penah..ok salam disambut dengan tangan yang terbuka....Masyaallah..begitulah besarnya ciptaan Allah....

Affan Ruslan said...

Salam. Ana copy ye post ni sedikit.
Jazakallah akhi.

insan kerdil said...

silakan...hak milik kekal tiada disini melainkan Allah swt..smg ia bermanfaat utk smua....

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

Archives

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews