♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Kezaliman di Palestin jadikan Israel takut sertai FIFA2010

Sunday, January 10, 2010

Kezaliman yang berpanjangan di bumi Palestin mengakibatkan pihak penceroboh, Zionis-Israel sendiri dilaporkan begitu takut menyertai Piala Dunia 2010 di Afsel, Afrika Selatan secara langsung (live) tidak lama lagi.

Suatu saluran televisyen Tel Aviv baru-baru ini melaporkan, beberapa organisasi tempatan Afrika Selatan yang pro kemanusiaan Palestin mula melengkapkan beberapa maklumat logistik berkaitan pasukan Zionis-Israel sejak Januari tahun lalu lagi.

Sumber tersebut juga memberitahu bahawa, motif beberapa organisasi terbabit adalah menculik pasukan Zionis tersebut lalu diheret ke muka pengadilan, sebagai membalas dendam atas kezaliman mereka di Sempadan Gaza.

Dilaporkan, bekas-bekas parajurit Zionis yang mendapat dwi-kerakyatan Afrika Selatan turut dikenal pasti oleh beberapa organisasi berkaitan Palestin yang berpangkalan di Afrika Selatan, sempena Piala Dunia 2010 itu.

Seramai 72 bekas bekas parajurit Zionis telahpun ditangkap sejurus tiba di Lapangan Terbang Afrika Utara, atas dakwaan terlibat dalam jenayah perang.

Saluran 2 dari televisyen Tel Aviv melaporkan, Leftanan Kolonel David Benjamin yang berasal dari Afrika Selatan dan berkerakyatan Israel antara yang didakwa kerana bekerjasama dengan pengganas Zionis-Israel di Sempadan Gaza.

Beliau yang sekarang sedang dibicarakan di Mahkamah Johannesburg atas tuduhan melakukan jenayah perang ke atas rakyat Palestin, telah menjadi berita kontroversi di Tel Aviv.

Disebabkan perkembangan terbaru itu, beberapa media arus perdana Tel Aviv mengutip responden berhubung kawajaran Israel menghantar suatu deligasi ke Afrika Selatan sempenan Piala Dunia 2010 tersebut.

Dari maklum balas yang diterima, majoriti rakyat Tel Aviv bersetuju Israel tidak menghantar deligasi ke sana, kerana bimbang ditangkap lalu didakwa sebagai ‘penjenayah perang’

“Apakah Israel lebih rela kehilangan penonton Piala Dunia 2010 secara langsung, dari melihat satu persatu rakyatnya diheret ke muka pengadilan atas tuduhan melakukan jenayah perang?” jelas seorang intelektual berbangsa Yahudi sebagaimana yang dilaporkan oleh media Tel Aviv baru-baru ini

sumber : akhbar Islam

No comments:

 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews