♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Jawapan Bagi soalan Ukhti Luthfiah

Monday, January 25, 2010

Bukan nak meraih populariti tetapi keadaan memaksa..aik..pandai mereka...ana nak coment semula yg ukhti tnye tu tak boleh...tak dapat dipaparkan katenye..so ana terpaksa masukkan dlm blog..memang licik..semua sudah disekat aksesnya..baru ana merasai betapa ada kesahihan yang terselindung..kalu ukhti tak percaya copy lah penggan di bawah dan paste dlm fb..Klau ukhti berjaya bagitahu...

ow..mengikut apa yang ana ketahui,pengasasnya memang mempunya rekod buruk dlm persekolahan(zaman remajanya) dan merupakan salah seorang yng berperanan dlm organisasi alumni yahudi yg ada ana selitkan sedikit maklumat di sini

kalu di bacakan sejarahnya, beliau penah menggodam laman sekolah dan organisasinya utk berseronok dan tidak mustahillah,dia boleh lakukan seprti di sini dan sini


cuma berita yang mengatakan FB sebagai ejen CIA itu xdapat nak dibagitan buktinya krn tidak diizinkan.
Kalau difikirkan sejenak, best la pihak kuffar membuat keje dgn menggunakan segala kemudahan di zaman globalisasi ni, sedangkan umat islam terus membekukan diri dgn tggapan diatas..so bace ni apa pandangan ustaz zaharuddin tentang FB ni di sini


cuma kita ambiklah kesempatan yg ada ini utkk menyebarkan syiar islam, menerangkan apa itu islam, dan menangkis segala hujah2 mereka yg mengatakan islam itu agama pengganas,ganas...

Untuk maklumat anti, kesatuan islam eropah telah membangunkan laman sosila untuk membangunkan ekonomi islam dan menggalakkan penggunaan produk islam yg ada ana link dlm fb ana..


Harap ukhti boleh mendapat sedikit maklumat dari ini..Kalu da pepe(kurang memuaskan) habaq mai..dan tambahan di sini

p/s : tekan perkataan yang telah di 'link'kan utk tengok bukti...

Terima Kasih ukHti Azza

Mutiara tidak akan berharga jika tiram tidak berpindah dari laut ke darat...selalunya, perit untuk membuat sesuatu perubahan...namun, dengan istiqamah...hasil yang diperolehi pasti setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan...percayalah!!! farhan rais: Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... Mengenali seseorang itu kadangkala juga membuat kita mengalir airmata... Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.... Tapi, sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN.Itulah Ukhwah Dalam PeRsahabatan

Terima kasih kepada ukhti Azza atas ucapan tu.Macam mana boleh dapat gambar ana tuh...('',)jumpa plak carinya..Insyaallah an akan lakukan yang terbaik untuk semua..Syukran jazilan..

Sahabat..TERIMA KASIH...

Tuesday, January 19, 2010

Sangat susah mencari sesuatu yang bernama SAHABAT oleh itu bagi sesiapa yang telah bertemu sesuatu yang bernama Sahabat harap jagalah perhubungan itu, eratkan ikatannya jangan sampai terputus tali ikatannya… Alhamdulillah, bersyukur mereka yang telah bertemu sesuatu yang bernama Sahabat.Alhamdulillah ana dikurniakan SAHABAT..NUKILAN untuk kalian.....

Wahai Sahabat, tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa mensupportku untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.

Wahai Sahabat, terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karena telah mau menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai sahabat, kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusedari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sedar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kulakukan. Maafkanku Sahabat

Wahai Sahabat dimana kau kini, kurindu akan nasihat-nasihatmu, kurindu akan peringatanmu, kurindu akan kehadiranmu disisiku. Sahabat dimanapun kau kini kuharap selalu ada senyum yang menghias di wajahmu, kuharap selalu ada ceria yang senantiasa terpancar diwajahmu, semoga kau bahagia sahabat.

Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu. Ameen

Terima kasih Sahabat

Eh tension Jugak le...!!!tOlong!!

Tuesday, January 12, 2010

adoi!apa boleh buat.Pening kepala Den dok mikirkan angkara tangan siapa yang lakukan.Di awal pagi teman keluar untuk menghirup udara yang segar bugar bagi menghilangkan rasa mengantuk.Al-maklumlah bila dah pagi, mata akan menjadi kuyun y Nthen mula la nak cari katil.Adoi.begi tulah gayanya.Tetiba teman teringat yang pakaian yang dijemur tak diangkat lagi.Kelam kabut la p angkat.Tetiba kat ampaian ada hanger saje.Teman pun rasa pelik la.Baju mano pulak tak de ni.Jenuh teman memikirkan.

Tetiba bila dibilangkan baju sejuk(sweter) teman, ada yang tidak cukup.Apa lagi!Terus p tengok balik la ada ke baju jatuh ke, org salah jemur kat tempat lain ke, tetapi tiada nampaknya memang tiada rezeki kata kawan sebilik teman.Swetenya pun nak kate mahal tak tahulah tapi erti dan kisah disebalik pemberian tu memang mempunyai 1001 kisah.Amboi macam hikayat la pulak.Baju tu memang teman sayang sangat.Banyak kisah di sebalik baju tuh.Usia baju tu baru 3 bulan.Baru sangat la.Kalu baby la,dok gendung lagi la kalu 3 bulan.Tak gitu?Yang sayang sangat tu sebab kawan lama yang bagi.Pemberian yang tidak disangka-sangka.Itulah pasalnya.Bila dah jadi macam tu, mula la moody.Nak pi pekan tak jadi, nak g jumpa DR. pun tak jadi, pah tu apa lagi, tarik selimut la.TAK boleh jugak teman nak tido.Dok kelip mata je dalam selimut.Semua kerja nak buat dah tak jadi semangat.Habis kawan sebilik Teman pun disoal siasat.KeSian!apakan daya.Macam hilang bini katekan..huhu..

Memang bagus la orang yang ambik.Baik lagi la sebab die ambil baju tu, hanger die tinggal.Baik lagi la.Mujurlah tak amik semuanya sekali.Klau tak, mesti tak cam pun.Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ni.Pasal apa.Teman pening memikirkan.Mungkin banyak dosa lagi dengan Rabbul 'Alamin.Lagi pun semua makhluk, DIE yang empunya.So papepun kene cuba terima sebagai ujian.Yang boleh, doa jela agar tuan yang ambil sweter tu, terbuka hati nak pulang
balik.Amin..Yang tinggal hanya gambar je la.Memang mahal la gambar tu bagi teman.kate orang boleh buat angau.haha..Biasalah barang yang disayangi..Kalu korang terjumpa ke boleh la serahkan kepada pihak polis n suruh polis tu bagi kat teman..hehehe

p/s:teman tu maknanya saya..



.

6 PERSOALAN HIDUP

> Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat
> dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua,
> guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
> Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji
> Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).
>
> Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari
> diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan,
> matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
> jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah
> "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
> mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
> hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
>
> Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang
> paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi,
> dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling
> besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita
> harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke
> neraka.
>
> Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada
> yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar,
> kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang
> AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua
> tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi
> khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
> permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia
> tidak mampu memegang amanahnya.
>
> Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling
> ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan
> daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di
> dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan
> solat, meeting dan sebagainya.
>
> Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali
> adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab
> dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling
> tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti
> hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

Kezaliman di Palestin jadikan Israel takut sertai FIFA2010

Sunday, January 10, 2010

Kezaliman yang berpanjangan di bumi Palestin mengakibatkan pihak penceroboh, Zionis-Israel sendiri dilaporkan begitu takut menyertai Piala Dunia 2010 di Afsel, Afrika Selatan secara langsung (live) tidak lama lagi.

Suatu saluran televisyen Tel Aviv baru-baru ini melaporkan, beberapa organisasi tempatan Afrika Selatan yang pro kemanusiaan Palestin mula melengkapkan beberapa maklumat logistik berkaitan pasukan Zionis-Israel sejak Januari tahun lalu lagi.

Sumber tersebut juga memberitahu bahawa, motif beberapa organisasi terbabit adalah menculik pasukan Zionis tersebut lalu diheret ke muka pengadilan, sebagai membalas dendam atas kezaliman mereka di Sempadan Gaza.

Dilaporkan, bekas-bekas parajurit Zionis yang mendapat dwi-kerakyatan Afrika Selatan turut dikenal pasti oleh beberapa organisasi berkaitan Palestin yang berpangkalan di Afrika Selatan, sempena Piala Dunia 2010 itu.

Seramai 72 bekas bekas parajurit Zionis telahpun ditangkap sejurus tiba di Lapangan Terbang Afrika Utara, atas dakwaan terlibat dalam jenayah perang.

Saluran 2 dari televisyen Tel Aviv melaporkan, Leftanan Kolonel David Benjamin yang berasal dari Afrika Selatan dan berkerakyatan Israel antara yang didakwa kerana bekerjasama dengan pengganas Zionis-Israel di Sempadan Gaza.

Beliau yang sekarang sedang dibicarakan di Mahkamah Johannesburg atas tuduhan melakukan jenayah perang ke atas rakyat Palestin, telah menjadi berita kontroversi di Tel Aviv.

Disebabkan perkembangan terbaru itu, beberapa media arus perdana Tel Aviv mengutip responden berhubung kawajaran Israel menghantar suatu deligasi ke Afrika Selatan sempenan Piala Dunia 2010 tersebut.

Dari maklum balas yang diterima, majoriti rakyat Tel Aviv bersetuju Israel tidak menghantar deligasi ke sana, kerana bimbang ditangkap lalu didakwa sebagai ‘penjenayah perang’

“Apakah Israel lebih rela kehilangan penonton Piala Dunia 2010 secara langsung, dari melihat satu persatu rakyatnya diheret ke muka pengadilan atas tuduhan melakukan jenayah perang?” jelas seorang intelektual berbangsa Yahudi sebagaimana yang dilaporkan oleh media Tel Aviv baru-baru ini

sumber : akhbar Islam

Tubuh Nadia digeledah di AS, kerana pakai jilbab


Memakai jilbab mengakibatkan seorang gadis Muslimah digeledah seluruh tubuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Dulles, Washington Selasa lalu.

Layanan tidak profesional itu merupakan insiden terbaru sejak Amerika Syarikat dilanda Islamphobia, 9 September 2001 lalu.

Nadia yang ditemui pemberita menganggap tindakan para pegawai terbabit memalukannya.

"Peristiwa itu sangat memalukan dan membuatkan saya tidak selesa," dipetik dari suatu akhbar arus perdana Washington, Detroit News.

Menurut Nadia, segala barang peribadinya seperti beg pakaian, telifon bimbit serta komputer riba turut digeledah, disebabkan prasangka Islamophobia tersebut.

"Saya cuma berdiam (diri) kerana tidak mahu menimbulkan masalah.

"Tetapi, saya orang Amerika, bukan warga negara asing, mengapa negara saya memperlaku saya seperti ini," jelasnya.

Dilaporkan Pengarah Eksekutif Majlis Persaudaraan Amerika-Islam (CAIR) Nihad Awad turut menganggap insiden yang menimpa Nadia Hassan sebagai suatu diskriminasi terhadap Umat Islam di Amerika Syarikat.

"Banyak perempuan yang mengenakan pakaian longgar dan gaun pangjang, tetapi mereka tidak diperiksa sedemikian rupa, seperti yang dialami Nadia," jelasnya.

"Satu-satunya alasan untuk kes ini kerana Nadia seolah Muslim(ah)."

Dilaporkan Nihad Awad turut menulis suatu surat kekesalan kepada pengarah bahagian Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan (TSA) Gale Rossides.

Dalam surat terbuka tersebut, beliau mempertikai cara TSA melayani Nadia Hassan disebabkan berprasangka pada Islam.

"Jika kebijaksanaan (profesionalisme) itu benar-benar diterapkan, apakah berlaku (penggeledahan tubuh badan) bagi semua yang memakai simbol keagamaan," dipetik dari surat Nihad Awad.

"...seperti penganut Sikh yang memakai serban yang khas, (begitu juga bagi) biarawati dan kaum agamawan Yahudi Ortodoks; atau (penggeledahan tubuh badan) ini hanya dikenakan pada Muslim sahaja."

Sehingga hari ini, dilaporkan pihak berwajib tidak memberi keadilan hak kepada Nadia Hassan.

sumber : akhbar Islam
There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews