♥♥Lebaran ukhwah♥♥

SELAMAT HARI RAYA

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aid kepada semua warga malaysua khususnya kepada keluarga,sahabat dan rakan-rakan.Semoga kalian mendapat rahmat di Ramadhan Kareem.Semoga kita dapat bertemu kembali dengan ramadhan pada tahun hadapan. Kepada sahabat-sahabat, saya nak memohon maaf jika sekiranya ada salah silap, menyakitkan hati k, atau segala benda yang tidak menyenangkan.Maafkan jika tidak keberatan.Mungkin saya tak dapat nak update sokmo.Selamat Hari raya...


Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua keluarga, sahabat-sahabat n smua warga islam

Semoga kalian berjaya!!!

Friday, September 11, 2009



Assalamualaikum permulaan bicara buat semua sahabat sahabat...pejam celik pejam celik dah masuk tengan bulan 9...rase cepat je masa ni berlalu..rase baru je hbs periksa...

Apa apa hal pun ana nak mengucapkan selamat menempuh peperiksaan yang akan datang ni buat sahabat-sahabat handai.Tak kira la yang baru habis upsr ke yang akan bermula seperti pmr stam,spm, dan stpm...semoga kalian buat yang terbaik.Insyaalah ana akan doakan kejayaan kalian semua..


Penialaian Menengah Rendah 7 - 13 Okt 2009
Sijil Tinggi Agama Malaysia 19 -27 Okt 2009
Sijil Peperiksaan Malaysia 18 Okt - 16 Nov 2009
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (xdapat ag)

Selamat Menepuh Kejayaan...

Apa Itu Wahabi?

Thursday, September 10, 2009

Wahabi merupakan satu fahaman / aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

  • Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
  • Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Perubahan

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
  5. Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Wallahua'lam

Pengalaman Mujahid Malaysia

Tuesday, September 8, 2009





(Artikel ini ana cedok dari http://jorasmin.blogspot.com/)

Salam...Alhamdullilah pada malam ini aku sempat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengenai pengalaman beliau berada di bumi Palestin bersama-sama Angkawasan Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie dan Pemuda Masjid.


Turut bersama-sama kumpulan Dr. Jamnul ialah 3 orang wartawan NSTP dan 7 orang dari TV3. Hanya dua jenis kumpulan sahaja yang boleh masuk ke Palestin sepanjang tempoh gencatan senjata iaitu kumpulan doktor dan juga wartawan. Pelbagai halangan bagi memasuki Palestin untuk tujuan misi bantuan ini, semuanya adalah atas faktor keselamatan. Dr. Jamnul tetap tabah dengan memperbanyakkan doa memohon Allah memberi peluang untuk bersama-sama rakyat Palestin dan membantu misi perubatan itu.


Beliau mahir berbahasa Arab dengan pengalaman belajar di Mesir selama 13 tahun digunakan untuk meyakinkan polis sempadan dan membenarkan mereka masuk. Beliau berkata, sepanjang menunggu kebenaran untuk memasuki Palestin, kelihatan sekumpulan unta melintas bermakna petanda baik bagi mereka menurut kepercayaan Arab. beliau memohon agar ulama2 Malaysia mendoakan supaya kumpulan mereka dapat memasuki Palestin bagi tujuan murni tersebut. Keyakinan ditambah dengan penyertaan Angkawasan Negara yang mengagumkan pihak polis sempadan dan akhirnya mereka berjaya memasuki Palestin melalui pintu belakang. Sebanyak 80 NGO menunggu peluang untuk masuk ke Palestin.


Proses untuk masuk ke Palestin bukannya mudah, mereka perlu melalui proses di mana kelulusan untuk masuk juga adalah dari pihak Israel sendiri. Maknanya mereka sahaja yang mempunyai kuasa dalam urusan ini. Kumpulan Dr.Jamnul berjaya menemui Hamas dan pihak kerajaan Palestin. Mereka berterima kasih atas kehadiran Pasukan Malaysia dalam membantu kesengsaraan rakyat Palestin.


Kumpulan Dr. Jamnul kesana adalah untuk urusan bantuan perubatan dalam merawat mangsa2 perang. Seramai 80 doktor dari segenap pelusuk dunia datang ke Palestin untuk misi ini dan mereka semua adalah pakar dari pelbagai cabang perubatan. Masing2 mempunyai satu niat ikhlas dan murni, membantu mangsa perang. Tidak ketinggalan Dr. Sheikh juga melakukan pembedahan seorang mangsa perang yang hancur kedua2 belah kakinya. Dr. Jamnul bangga dengan semangat keislaman dan ukhuwah diantara saudara Islam yang ditunjukkan oleh ahli-ahli perubatan itu. Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie serta kumpulan perubatan tidak memandang keselesaan, mereka sanggup tidur di mana asal ada kesempatan. Kumpulan ini disambut sebagai tetamu negara.


Semasa melakukan pembedahan, ketika itu juga kedengaran letupan dan bedilan bom dari pihak Israel berdekatan dengan pejabat pentadbiran hospital. Keadaan mangsa perang amatlah teruk, putus kaki, tangan, pecah kepala, hancur, bersepai dan macam2 lagi keadaan yang tidak sanggup kita lihat. Beliau dapat melihat kebenaran betapa sengsaranya mangsa kekejaman Israel ini. Alhamdullilah mereka ini semua mati syahid dan janji Allah ialah Syurga. Itulah tahap kematian yang ingin dicapai oleh semua umat Islam. Allah mengambil kesengsaraan mereka dan menggantikan dengan kenikmatan Syurga.


Melihat keadaan ini, Dr. Jamnul membuat panggilan ketanah air untuk bercakap dengan ahli keluarga, katanya sekiranya dia mati, janganlah dituntut mayatnya. Mayat2 syahid ini Allah pelihara tidak busuk, berkeadaan senyum seolah2 tiada kesengsaraan.

Tentera Israel bersifat seperti haiwan dan lebih teruk dari binatang. Mereka membabi buta membunuh bayi dan ibu, membakar dan macam2 lagi. Menyerang kompleks anak yatim, melepaskan bom menyebabkan anak2 yatim ini berkecai dan hancur sama sekali. Kata mereka, bayi ini akan menjadi askar, mereka akan menentang kami manakala ibu pula melahirkan askar-askar Islam. Mereka menembak bangunan rumah dengan kereta kebal, bergerak melalui runtuhan bangunan kerana bimbang akan periuk api yang ditanam oleh HAMAS.


Selepas misi perubatan selama 4 hari selesai, Seorang pemandu teksi membawa kumpulan Dr. Jamnul kerumahnya. Akhirnya dia mendedahkan diri bahawa dia adalah ketua kumpulan Hamas dikampungnya. Dr. Jamnul sempat ditunjukkan dengan kelengkapan persenjataan yang disimpan. Detik2 perpisahan amat menyayat hati, pemandu teksi itu berkata, sekiranya dia syahid, beliau akan menjadi saksi bahawa Dr.Jamnul dan rakan2 lain pernah datang ke Palestin membantu rakyat Palestin. Mereka berpelukan dan masing2 mengalirkan airmata kerana dengan semangat yang ditunjukkan oleh Islam Palestin. Dr.Jamnul berkali2 cuba menghubungi pemandu teksi itu sebaik sahaja keluar dari bumi Palestin namuk gagal. Cubaan terakhir ialah semasa sampai di Malaysia, adik kepada pemandu teksi itu memberitahu bahawa abangnya telah syahid dua hari yang lalu. Itulah kenangan yang amat menyayat hati.


Begitulah serba sedikit pengalamanDr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie semasa di Palestin. Semoga dengan pendedahan ini diharapkan akan menaikan semangat kita dalam berjihad menentang kezaliman dan penindasan terhadap Islam. Semoga kita diberi kekuatan seperti saudara Islam kita di Palestin.


Dr. Jamnul Azhar Mulkan dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie maafkan saya sekiranya apa yang disampaikan ini berlainan dari apa yang diceritakan oleh tuan. Yang buruk itu dari saya dan yang baik itu adalah dari ALLAH.
SALAM PALESTIN

kredit: http://jorasmin.blogspot.com/
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Most Reading

Gambar renungan

free counters

Total Pageviews