♥♥Lebaran ukhwah♥♥

Ya Allah,Engkau Bantulah Para Pejuang Agama Mu!!!

Friday, May 8, 2009

Ya Allah,Begitu kejamkah kerajaan pimpinan Dr.Zambry di perak ayang sanggup amerampas apentadbiran demokrasi Saudara Ir. Dato' Seri Nizar...?Sampaikan kereta,speker negeri pun nak digulingkan juga...Mari sahabat-sahabat kita berdoa agar Allah membantu para para pejuang agamanya dan para penegak syiar dan panji junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Semoga mereka yang melakukan kesalahan mendapat pengajaran dan petunjuk dari Allah S.A.W..Amin....Doakanlah agar malaysia akan menjadi negara Yng berlandaskan ISLAM.Amin...

Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS

PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini.


Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.

"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.

BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam./wann _

There was an error in this gadget
 

♥AsmaulHusa♥

ღ♥HijRiahღ♥

♥Malaysia♥

~Kehidupan~

ღ♥UsRah Jannatiღ♥

Blogger news

Blogroll

get this widget here

Most Reading

Gambar renungan

Total Pageviews